Isnin 25 mac 2013 
setelah lama alu tidak mencoretkan kisah hidup aku...da hampir 4 tahun aku tidak buka blog ni...
Waktu maghrib aku tengah tengok citer rindu bertamu di abu dhabi…
Hati aku pun jadi rindukan seseorang…aku x tau dia macam mana dia rindukan aku ke x ke aku sendiri pon x pasti…tapi yang pastinya ku amat menyayangi dia dengan setulus hatiku walaupun sekarang ini ada hati lain yang datang bertamu dalam  hati aku..tapi aku sendiri pon x pasti hati aku ni milik siapa sebenarnya..perpisahan kami terjadi diatas kehadiran pihak ketiga..walaupun dengan kehadiran dia aku sendiri pon x pasti aku dapat terima dia dalam hidup aku ataupon tak..tapi aku yakin dengan hikmah yang Allah akan berikan nanti..andai aku dijodohkan dengan dia insyaAllah aku terima dalam hidup aku.dan bekas kekasih aku hanyalah dapat aku simpan jauh didalam hati aku…aku akan cuba untuk terima dia dengan seikhlas hati aku…aku terima dia sebagai suami aku walau apa pon hidup dia..aku akan cuba untuk menyayangi dia dengan sepenuh hati aku walaupun hati aku sekarang ni bukan untuknya 100 peratus..beberapa hari ni aku rasa tidak tenteram seolah-olah akan ada satu berita yang akan aku terima dari dia..memang betol ada berita tue..katanya hati dia dah ada pada pempuan lain yang aku sendiri hanya dapat melihat dia dalam facebook..hanya gambarnya sahaja yang dapat aku lihat dari bertentang mata dengan nya..aku x pasti apakah perasaan ini cemburu atau aku rasa bebas darinya buat selamanya…tapi kenapa hidup aku rasa kosong sekarang ni…apa aku masih perlukan dia dalam hidup aku..aku kena bukakan hati aku untuk terima orang yang betol2 menyayangi aku dengan setulus hatinya…aku x nak pisang berbuah dua kali dalam hidup aku.aku hanya mahukan yang terbaik dalam hidup aku dan hidup dia..aku akan cuba lawan perasaan yang bertandang setelah sekian  lama dihuni oleh orang yang amat aku sayang dengan setulus hati aku..

Selasa 26 mac 2013
Diwaktu petang selepas rehat tengahari aku masuk ke klinik dan menyambung coretan ku ini…sambil melayan radio sinar fm yang mengalunkan lagu2 yang kadang-kadang menyentuh naluri hatiku ini..entah kenapa di saat ini aku terasa amat rindu sekali..aku rasakan bagai utara dan selatan amat dekat setelah aku pergi dan balik ke sana pabila ada masa yang terluang untuk pergi kesana..walaupun jarak yang beribu kilometer  tidak memenatkan aku untuk kesana..semalam dia ada mesej aku sekali sekala berpeluang untukku mendengar suaranya aku terasa begitu seronok sekali walaupun kadang2 kedngaran dia memarahi aku buat sesuatu tanpa memikirkan keadaan dia yang penat  bekerja dari siang sampai malam..ntah kenapa hatiku dirundung pilu bila memikirkan keadaan dia bekerja sebelum terbit matahari dan pulang selepas terbenam matahari..aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa tanpa rasa jemu untuk memohon rezeki dan rahmat daripadaNya…aku hanya mahukan yang terbaik dalam hidup dia…aku juga kena teruskan hidup aku..apa hala tuju aku skang ni aku kena tentukan..aku da x boleh nak main2 lagi dengan kehidupan aku yang sentiasa berubah ni..aku kena kuat semangat..walau dimana pon aku berada…

Seindah pelangi
Seharum kasturi
Segalanya bermula di sini
Segalanya bermula di hati...



Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Hati. Raja jasad dan roh. Dan akal, menteri penasihat hati. Sangat penting untuk terus dalam keseimbangan dan kesedaran.

Remaja. Sinonim dengan kemuncak perasaan yang dikata fitrah. Yang dikata tak dapat lari daripada walau ke hujung dunia.

Cinta.

Perempuan. Aku wakili mereka [kalian]. Mencari cinta lelaki kerana ingin merasa sayang; disayangi dan menyayangi. Kami, tidak sewenang²nya dapat menyerahkan hati kami [sebahagian] kepada sesiapa. Alangkah bertuahnya seseorang lelaki yang disayangi. Sukar untuk kami berpaling mencari yang lain.

Alangkah malangnya seseorang yang tidak disayangi sesiapa. Lebih malang lagi jika seseorang tidak menghargai kasih-sayang yang telah diberi.

Lelaki. Maaf. Tapi aku berkata melalui apa yang aku dapat lihat sekarang. Di sekeliling aku. Tak pernah jauh dari sehasta pandangan. Seolah² ada satu wabak. Penyakit-berjangkit. Yang menjangkiti seorang demi seorang rakan² lelaki aku. Lelaki² remaja ini.

Kalian seolah² tidak dapat hidup sempurna tanpa teman wanita. Seolah² teman wanita ini satu keperluan yang perlu ada. Seolah² kami umpama barangan yang mudah saja diperoleh di mana². Tanpa perlu membayar dengan harga sebuah cinta.

Bukan semua. Aku tahu. Kau, yang membaca ini. Tak perlu terasa banyak. Kerana kau cuma salah seorang daripada yang dimaksudkan. Kenapa jadi begini ya? Kerana kau iri dengan rakan² yang punya tempat bercerita dan mengadu masalah, tidak kau? Atau kau rasa tertekan dengan ketidakhadiran 'teman' bukan sejantina dengan kau sedang orang lain punya seseorang? Atau maruah, harga diri dan ego kau jatuh disebabkan kekurangan ini?

Kau, yang sudah berpunya itu! Kau tak terlepas ya? Kau masih punya kuota kan?

Cukuplah. Cukuplah! Berhentilah! Janganlah dipermainkan lagi perasaan perempuan... tolong... Bercintalah. Aku tak halang. Aku takkan boleh halang. Dan aku memang tak patut halang.

Tapi, ingat...

Sesungguhnya, cinta suci ialah cinta yang tidak akan melalaikan seseorang terhadap Penciptanya.

Aku pernah melakukan kesilapan. Aku pernah menjadi seorang yang sangat pendiam, pemalu dan pasif. Aku tidak menyesal kerana telah membuat anjakan untuk menjadi lebih peramah dan aktif.

Tetapi, aku agak terkilan kerana telah kehilangan sedikit rasa malu aku pada lelaki. Terutama yang bukan muhrim. Malu. Harta paling bernilai yang payah untuk aku tebus kembali.

Aku baru saja merasai sebuah persahabatan dengan lelaki. Perkenalan ini memberi titik tolak pada aku untuk berubah. Aku tidak selama²nya ingin dikenali sebagai 'tak sporting'. Aku ingin menjadi 'outgoing kinda person'. Aku ingin seperti sahabat²ku yang lain.

Dan, ya, percubaan yang agak berjaya.

Dari satu sudut... apabila aku menjadi tidak kesah untuk berdamping dengan lelaki. Berjalan berdua² di tengah ramai [dah tentunya! -- aku belum sejahat yang kalian mula fikir]. Tiada perasaan. Terasa seronok kerana punya sahabat lelaki. Sangat bebas. Keluar dari kepompong. Layanan aku, seolah² seperti melayan kawan² perempuan. Tak lebih dari itu. Aku senyum pada waktu itu. Mula tercipta frasa 'main tukar²' [walaupun aku memang bergurau].

Kemudian aku sedar. Aku rasa kosong. Seolah² amal ibadah yang aku usahakan tiada makna. Resah, tak tenang.

Aku bukan budak² lagi. Zaman untuk aku bergaul bebas telah berlalu. Walaupun aku tak pernah memanfaatkannya. Aku terlewat. Kerna itu kalian tidak juga boleh salahkan aku sekarang.

[Lantas, aku minta maaf pada sesiapa yang tidak sempat bersama aku tika kealpaan -- eh, aku masih terima tetamu -- cuma bukan sendirian kawasan - nak cuba kurangkan]

Aku tak salahkan orang yang bertanggungjawab membuka kepompong aku. Kerana tanpa dia, aku tidak akan kenali diri. Aku tidak akan insafi diri. Aku tidak dapat muhasabah diri...

Dan aku, tidak akan pernah begitu pasti akan kedudukan hati aku...

Terima kasih. Kerana tanpa panas, tiadalah sejuknya. Tanpa buruk, tiadalah baiknya.

Astaghfirullah! Leka betul aku sehingga menjatuhkan kedudukan Pencipta selepas manusia. Air mata yang pernah jatuh, bukan untuk Dia, tak pernah untuk Dia, tetapi untuk manusia. Astaghfirullah!

Bukan keluarga, bukan sahabat², bukan kawan atau lawan. Tapi Dia. Yang mencipta hati ini. Mencipta roh ini. Mencipta jasad ini. Mencipta kalian, sahabat² yang aku sayang. Mencipta langit dan bumi, dunia ini, alam semesta ini!

Mudah saja baginya menarik semula nikmat² yang dipinjam sementara ni. Ya Allah!

Sahabat² yang aku sayang, aku cuma memulangkan kembali kesedaran yang hilang. Dan yang mungkin turut akan tercicir semula daripada hati ini [nauzubillah -- peringatilah aku!]. Kerana aku tak mungkin akan dapat menghalang balasan Allah atas kemurkaan-Nya.

Tapi Islam telah mengangkat darjat kita. Bukan lebih tinggi, tetapi setaraf dengan lelaki. Kita juga insan. Yang akan diuji pelbagai rintangan dan halangan. Dan juga bakal dihisab pada hari kebangkitan kelak.

Lalu, bersyukurlah kita kerana diberi nikmat yang amat besar ini.

Kau bertanya perempuan yang macam mana menjadi buruan lelaki? Cuba tanya diri sendiri. Perempuan yang macam mana yang kesan sejuk dan damai melalui pandanganmu akan turut dirasai hati?

Ya, perempuan sebegitu. Seperti sebiji epal yang bebas ulat, belum terusik, dibungkus elok. Enak dan ranum. Berbaloi bayar untuknya.

Cuma kau harus faham. Perempuan sebegitu dibuat isteri. Bukan dibiar lama berdampingan sebagai 'teman wanita yang setia'.

Aku bersuara melalui diari lalu, bukan untuk mengaibkan diri. Tapi untuk berkongsi apa yang aku peroleh supaya nanti aku tidak dipersoal lagi.

Teman, tegur²lah diri sendiri dan teman² yang kita sayangi, yang kita ambil berat.

Islam ini unggul. Agama yang pernah menakluk dunia dalam masa 100 tahun sahaja. Akidah para sahabat ketika kebangkitan Islam tidak pernah boleh dipertikai, apatah lagi akhlak mereka.

Di hadapan orang yang kita cinta,
hati kita akan berdegup kencang...
Tapi di hadapan orang yang kita suka,
hati kita akan gembira...

Di hadapan orang yang kita cinta,
musim sentiasa berbunga-bunga...
Di hadapan orang yang kita suka,
musim itu cuma berangin sahaja...

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta,
kita akan kaku...
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka,
kita akan senyum...

Di depan orang yang kita cinta,
lidah kita kelu untuk berkata-kata...
Di depan orang yang kita suka,
lidah bebas berkata apa sahaja...

Di depan orang yang kita cinta,
kita menjadi malu...
Di depan orang yang kita suka,
kita akan tunjukkan imej yang sebenar...

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta,
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka...

Bila orang yang kita cinta menangis,
kita akan turut menangis...
Bila orang yang kita suka menangis,
kita akan turut membuat dia gembira...

Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga...
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka...
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berbuah menjadi airmata

Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka,
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta...

Tetapi, hakikatnya...
Cinta kepada Allah S.W.T
Adalah lebih hakiki dan abadi...
Kasih sayangmu tuhan itu yang kudambakan
Dengan rahmatku
Ampunilah dosaku..
Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat. Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.

Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar. Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan.Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi
hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?

Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat
manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap,dibawahnya Syaitan/ Jin Betina.Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa,Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat" mereka ketika kita bersetubuh dulu.

Wallahu'alam.
Rahsia wanita...!! hmmmm Quite true i can say.....So gals send to all of the guys you know especially who really dont understand us ladies...... ;-)

for guys...kOrank pOn tau wanita ni insan yg sentimental n berjiwa lembut...treat them well coz a real gentlemen is a persOn whO treats every wOman with respect...

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia
tidak
menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam
hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti
hatinya,lebih
baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu
menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang
paling
dia
sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu
putus
di
tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki
itu
akan
sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan
lelaki
lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam
matanya,dia
akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana
nak
menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,
tolak
cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam
diri
wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan
lakukan
apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu
tolak
cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin
menganggap
dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan
dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak
berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan
respon
positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan
bersikap
acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang
diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,
semua
rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan
senyum
sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan
persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu
ajak
keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu
panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia
sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk
memikat
hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku
cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari
oleh
wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian
barulah
dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki
yang
dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di
hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka
semata-mata
nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan
tanpa
sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh
hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan
surprise
buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan
rasa
terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan
ini
dia
tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang
mereka
dan
baik terhadapnya.So kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah
perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa
Menawan Hati Seseorang...

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.


2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.
assalamualaikum haaaaa harini aku dah mula keja nak buat blog ni...setelah rehat lame la katakan...ekekeke bukan ape aku xda masa la nak create idea masuk dalam blog ni...hummmm ni pon aku main redah je ape aku nak cakap pon x tau..huu jagn marah aaa
3 hari yg lepas hari yg paling sedey bg aku...mana x nya kawan2 aku suma continue study balik...:( aku je dok kat cni lagi..mungkin xda rezeki lg kot aku nak continue study....hummm ape nak buat...sabo je la.selagi boleh keje kje la....hehe.....sory la aku upload gambar lagi msuk dalam blog ni...baru nak mula belajar la katakan nak buat blog....hehehe.....huhhh letih la haku kalu macam ni hari2.....dok saja nengok komputer... ni la keje aku hari2...nengok tenet :p...xda mende lain la nak buat...skali skala aku dok layan radio online fungkur ni best gak...ehehehe tambah plak ada dj yg menggelikan hati aku nak gelak...huhu macam dj kubi la yg aku ble nak rapat pon...ehehehe....ada je yg dia cakap tu bikin owg pecah poot nak gelak...hua hu huahummmm...aku x tau lg dah nak cakap pe...nnti aku da cite aku create lg ek dalam blog ni...daaaaaaaaa